Informasi Permainan Video Terkini
Watak Geralt Dari The Witcher Diumumkan Akan Tiba Di Soul Calibur VI
PC

Watak Geralt Dari The Witcher Diumumkan Akan Tiba Di Soul Calibur VI

Diterbitkan pada Mac 15, 2018 oleh .

Hampir setiap minggu sentiasa ada watak baru yang diumumkan akan tiba di Soul Calibur VI, minggu ini juga tidak ketinggalan, akan tetapi watak untuk minggu ini agak istimewa.

Bandai Namco hari ini mengumumkan watak Geralt of Rivia dari siri permainan The Witcher akan tiba di Soul Calibur VI. Sebelum ini CD Projekt Red ada mengacah mengenai Geralt akan muncul di permainan lain, dan ramai yang menjangkakan permainan tersebut adalah Soul Calibur VI dan jangkaan tersebut tepat sekali.

Geralt akan menggunakan pedangnya yang sudah menjadi kebiasaan dan signs berdasarkan trailer pengumuman kelihatan Geralt menggunakan Aard, Igni dan Axii. Anda boleh menonton video pengumuman tersebut di bawah.

Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakan. Soul Calibur VI dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN