Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Berkongsi Bentuk Permainan New Gundam Breaker – Memfokuskan Pertempuran Di Kawasan Padang Pasir
PC

Bandai Namco Berkongsi Bentuk Permainan New Gundam Breaker – Memfokuskan Pertempuran Di Kawasan Padang Pasir

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Awal minggu ini, Bandai Namco mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan New Gundam Breaker yang mana ia bakal tiba pada 22 Jun kelak. Kini, Bandai Namco berkongsi trailer baru yang mempertontonkan bentuk pertempuran permainan tersebut di kawasan padang pasir.

Melalui video yang dipertontonkan, tampaknya Unicorn Gundam akan berada di dalam permainan ini bersama dengan Hashmal daripada siri Gundam Iron Blooded Orphan. Melalui video tersebut juga, pemain tampaknya dapat mengubah segala kelengkapan seperti lengan dan kaki Gundam tersebut secara masa-nyata ketika bertempur.

New Gundam Breaker adalah permainan yang memfokuskan pembinaan Gundam atau Gunpla yang mana pemain berupaya untuk mengubah-suai pelbagai bentuk Gunpla bersama alat ganti berlainan dan senjata. Permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4 dan PC bermula 22 Jun.