Skip to main content

Pada awal tahun ini, Bandai Namco mengumumkan permainan terbaru siri Gundam Breaker iaitu New Gundam Breaker. Kini, Bandai Namco akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan tersebut iaitu pada 22 Jun ini. Menariknya ia bukan sahaja akan dilancarkan di Playstation 4, malah buat pertama kalinya siri permainan tersebut juga akan tiba di PC melalui Steam.

New Gundam Breaker akan dilancarkan secara global dimana Bandai Namco mengumumkan bahawa terdapat tiga versi iaitu edisi biasa dengan harga ¥7600(~RM279) dan edisi Build G Sound Edition dengan harga ¥9600(~RM353) yang akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan seperti 20 muzik latar khas permainan tersebut.

Manakala edisi ketiga adalah edisi Premium Edition yang akan menyertakan model kit Gunpla HGBD 1/144 Gundam Age II Magnum (Clear Color) bersama permainan edisi Build G Sound Edition dengan harga ¥11,800(~RM434).

Selain itu, Bandai Namco juga mengumumkan misi khas bagi mereka yang membuat pra-tempahan dimana pemain berpeluang untuk bertempur dengan Super Fumina dan mendapat tiket khas setelah selesai misi tersebut untuk mendapat sebilangan ganjaran alat ganti Gunpla esklusif.

Bagi anda yang baru buat siri Gundam Breaker, ia merupakan sebuah permainan yang mana pemain berupaya untuk mengubah-suai Gundam dengan pelbagai kelengkapan dan bahagian-bahagian robot meka Gundam lain. Kini dengan permainan terbaru New Gundam Breaker, Bandai Namco akan menyertakan sebilangan sistem pertempuran yang baru yang mana antaranya adalah keupayaan untuk menukar bahagian-bahagian Gundam secara nyata ketika bertempur. Pemain berupaya untuk mengutip kelengkapan tersebut ketika bertempur dan terus menukar kepada bahagian tersebut secara serentak.

Bagi anda yang meminati siri permainan Gundam Breaker, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya bermula 22 Jun ini di Playstation 4 dan PC.

Leave a Reply