Pada awal bulan ini presiden Valve Gabe Newell berkongsi serba sedikit mengenai permainan kad mereka iaitu Artifact. Hari ini Gamespot berkongsi video Artifact yang menunjukkan beberapa teknik permainan yang unik.

Artifact dikatakan mengambil inspirasi dari Dota 2 tetapi tampaknya bukan sekadar dari segi watak tetapi juga bentuk teknik permainan. Seperti Dota 2, Artifact juga mempunyai 3 laluan, di mana setiap laluan akan mempunyai giliran dan nyawa tersendiri.

Setiap pengakhiran giliran, pemain juga berpeluang untuk membeli kad yang diinginkan menggunakan mata wang di dalam permainan ini akan memudahkan untuk pemain melakukan strategi mereka.

Teknik permainan yang diperlihatkan sangat berlainan jika dibandingkan dengan Hearthstone dan kami semestinya tidak sabar untuk mencubanya.

Sohor Kini