Valve pertama kali mengumumkan Artifact iaitu permainan kad berdasarkan Dota 2 semasa The International 2017, Ogos tahun lepas. Selepas pengumuman tersebut tiada maklumat tambahan yang dikongsi oleh mereka.
Hari ini presiden Valve Gabe Newell berkongsi maklumat lanjut mengenai Artifact. Antara yang dikongsi adalah berbeza dengan permainan kad lain seperti Hearthstone dan GWENT, Artifact bukanlah permainan yang percuma untuk dimainkan.
Tambah beliau lagi Artifact akan mempunyai nilai produksi yang tinggi berserta dengan mekanik permainan yang unik. Seperti permainan Valve yang lain Artifact turut menyokong marketplace, di mana pemain boleh menjual-beli barangan di dalam permainan.
Walaupun dipanggil sebagai permainan kad Dota, akan tetapi menurut Newell, bukanlah secara terus sebaliknya Artifact menjadikan Dota sebagai asas untuk memudahkan pembangunan akan tetapi Artifact akan mempunyai kandungan sendiri yang mungkin akan dibawa ke Dota 2.
Seperti Dota 2, Artifact tidak akan mempunyai kempen permainan solo, sebaliknya lebih memfokuskan perlawanan dengan pemain yang lain. Artifact dijangkakan akan dikeluarkan untuk PC pada akhir 2018 dan kejohanan pertama akan berlansung pada suku pertama 2019. Manakala versi permua untuk iOS dan Android dijangkakan akan dikeluarkan pada pertengahan 2019.
Kami agak tertarik mengenai Artifact bukanlah permainan percuma untuk dimainkan, tetapi pada masa berharap Artifact permainan yang berbayar tetapi masih bergantung kepada transaksi-mikro.