Pada Playstation Experience 2017 Disember lepas, Sony Interactive Entertainment mengumumkan bahawa kemaskini realiti-maya bagi permainan perlumbaan WipEout Omega Collection. Kini, kemaskini tersebut akhirnya tiba buat pemain yang memiliki permainan tersebut dimana pemain berupaya untuk memuat-turun kemaskini tersebut secara percuma.
Mod realiti-maya tersebut boleh dimainkan dengan menggunakan set kepala realiti-maya Playstation VR yang mana pemain berupaya untuk bermain keseluruhan permainan tersebut secara realiti-maya termasuklah mod secara atas-talian dan juga luar-talian.
Selain itu, Sony juga menyertakan tiga kapal baru yang diumumkan bersama dimana pemain berupaya untuk menikmati kokpit kapal tersebut bersama sokongan 3D Audio.
WipEout Omega Collection merupakan permainan koleksi siri WipEout 2048, WipEout HD dan WipEout HD Fury. Ia kini dipernambah-baikkan di Playstation 4 dengan pelbagai pernaik-taraf termasuklah sokongan resolusi 4k.
Bagi anda yang masih belum memiliki permainan WipEout Omega Collection, ini adalah peluang yang baik untuk anda dapatkan dengan kemaskini realiti-maya terbaru di Playstation Store dengan harga RM149.