Sempena acara Playstation Experience 2017 yang berlangsung hari ini, Sony Interactive Entertainment mengumumkan kemaskini realiti-maya buat dua permainan yang dilancarkan oleh mereka sebelum ini iaitu The Last Guardian dan WipeOut Omega Collection.
Menurut Shawn Layden, kedua-dua kemaskini tersebut akan tiba secara percuma. Bagi permainan WipeOut Omega Collection, kemaskini realiti-maya tersebut akan tiba bagi mereka yang mempunyai permainan tersebut secara kemaskini.
Mod realiti-maya tersebut boleh dimainkan dengan menggunakan set realiti-maya Playstation VR yang mana pemain berupaya untuk bermain keseluruhan permainan tersebut secara realiti-maya termasuklah mod secara atas-talian dan juga luar-talian.
Tambahan juga, Sony juga mengumumkan tiga kapal baru yang diumumkan bersama dimana pemain berupaya untuk menikmati kokpit kapal tersebut bersama sokongan 3D Audio. Sony menyatakan mod ini bakal tiba pada awal tahun 2018.
Permainan kedua yang diumumkan oleh Sony yang mana ia bakal menerima sokongan mod realiti-maya adalah The Last Guardian. Menurut Shawn Layden, permainan tersebut akan menyertakan 10 sehingga 15 minit bentuk permainan yang mana pemain berupaya untuk berinteraksi dengan Trico, iaitu raksasa utama di dalam permainan tersebut.
Mod realiti-maya tersebut juga akan tiba secara kendiri dimana pemain tidak perlu memiliki permainan The Last Guardian untuk mencubanya secara percuma bermula 12 Disember ini. Permainan tersebut akan mempunyai sokongan alat kawalan Dualshock 4 dan akan tiba secara esklusif di Playstation VR.