Skip to main content

Awal bulan ini, Devolver Digital mengumumkan permainan Sword Of Ditto yang mana ia merupakan permainan aksi-RPG yang bakal dilancarkan di Playstation 4 dan PC pada 24 April ini.

Kini, dengan kerjasama Playstation, Onebitbeyond mengumumkan bahawa mereka akan menyertakan misi khas Locoroco buat permainan tersebut.

Melalui misi khas ini, pemain berupaya untuk melakukan misi khas bertemakan permainan Locoroco yang mana pemain perlu mengumpul Locoroco dan bertempur dengan Mui Mui.

Pada masa yang sama, melalui misi khas ini, pemain akan mendapat ganjaran khas bertemakan Locoroco. Misi ini akan tiba buat pemain yang membeli permainan tersebut di Playstation 4.

Leave a Reply