The Swords of Ditto merupakan permainan aksi-RPG yang mempunyai teknik permainan unik. Permainan ini mempunyai dunia dan gua yang pemain harus lalui untuk mengalahkan Mohor. Hari ini Devolver Digital mengumumkan permainan ini akan dikeluarkan pada 24 April nanti untuk Playstation 4 dan PC.
Di dalam permainan ini pemain akan diberikan watak yang direka secara rambang untuk melawan tentera-tentera Mohor. Apa yang menarik mengenai permainan ini adalah, pemain hanya boleh menggunakan sesuatu watak selama tiga hari sahaja (di dalam permainan). Selepas tiga hari, Mohor akan mengawal seluruh dunia dan hanya selepas 100 tahun kemudian watak baru akan tiba.
Dengan kata lain selepas 3 hari pemain akan mengawal watak baru akan tetapi pedang yang digunakan akan mengekalkan segala kuasa yang didapati daripada permainan sebelum ini. Permainan ini akan berulang sehinggalah pemain berjaya mengalahkan Mohor dalam masa 3 hari.
Selain bermain secara berseorangan, permainan ini juga mempunyai co-op setempat dan pemain boleh memilih untuk berkongsi paparan ataupun secara paparan-terbelah. Buat masa ini tidak diumumkan lagi harga kami akan mengemaskini apabila diumumkan nanti. Video pengumuman tarikh pengeluaran juga dikeluarkan dan boleh ditonton di bawah