Skip to main content

PlayerUnknown’s Battleground dari awal sehingga sekarang mempunyai masalah pemain menipu. Pada Januari lepas, mereka telah mengharamkan lebih 1 juta pemain kerana permasalahan ini. Kebanyakan pemain yang diharamkan adalah dari China oleh kerana itu ramai yang meminta untuk PUBG mengasingkan pemain dari China.

Walaupun PUBG tidak mengeluarkan sebarang jawapan mengenai permintaan ini akan tetapi melalui penulis di Steam mereka sedang mencuba pelayan yang terkunci berdasarkan rantau. Akan tetapi menurut mereka ini adalah bagi meningkatkan kelancaran permainan dan bukan kerana kes penipuan.

Melalui pelayan terkunci ini pemain dari sesuatu rantau hanya dapat mengakses pelayan dari rantau tersebut sahaja. Manakala andai pemain bermain secara berkumpulan bersama rakan dari rantau lain mereka dapat mengakses pelayan dari kesemua rantau yang terdapat dalam kumpulan tersebut.

PUBG masih tidak mengeluarkan sebarang pengesahan sama ada mereka akan betul-betul mengunci pelayan berdasarkan rantau akan tetapi mereka akan terus mencubanya. Jika dengan mengunci dapat lebih melancarkan permainan kami semestinya bersetuju ianya dilakukan terutama jika China akan menjadi rantau tersendiri.

Leave a Reply