PUBG atau PlayerUnknown’s Battlegrounds merupakan salah satu permainan yang popular dengan jutaan pemain di PC dan juga Xbox. Ia telah menjadi salah satu permainan yang mencuri perhatian sepanjang 2017 lepas, dan kini pembangunnya turut mempunyai sejumlah perancangan – termasuk berkaitan arena e-sukan untuk tahun 2018 ini.

Bercakap mengenai masalah, salah satu perkara yang kurang digemari ramai adalah pemain yang menipu dalam permainan. Bercakap mengenainya, kini salah satu perisian penganalisa mengatakan PUBG telah mengharamkan lebih 1 juta pemain pada bulan Januari 2018 lepas sahaja.

Bergerak kehadapan, pembangun PUBG juga akan mengharamkan program yang berhubung ke fail permainan – seperti ReShare. Melalui kemaskini baru yang akan diperkenalkan hari ini, perisian ReShade akan dihalang akses, dan perlu nyah-pasangnya terlebih dahulu sebelum dapat memainkan PUBG.

Sohor Kini