Seperti kita sedia maklum kandungan berkaitan Fortnite amat popular di Youtube, tambahan lagi apabila kebolehan untuk menyunting ulang tayang terus di dalam permainan dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini.

Ketua Kandungan Permainan dan Perhubungan Youtube Ryan Wyatt melalui kuciran di akaun twitter beliau mengatakan Fortnite memecah rekod kandungan yang paling banyak dimuat naik ke Youtube dalam masa sebulan.

Kami tidak terkejut kerana seperti permainan battle royale yang lain Fortnite turut mempunyai pelbagai adegan-adegan yang menarik tidak kira secara sengaja ataupun tidak. Kami boleh katakan yang Fortnite akan memecah kan rekod sendiri apabila kebolehan menyunting dikeluarkan nanti. Anda gemar menonton kandungan Fortnite di Youtube?

Sohor Kini