Informasi Permainan Video Terkini
Epic Games Akan Menambah Kebolehan Untuk Pemain Menyunting Ulang Tayang Di Dalam Permainan Fornite
PC

Epic Games Akan Menambah Kebolehan Untuk Pemain Menyunting Ulang Tayang Di Dalam Permainan Fornite

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

Selain daripada digemari ramai pemain, Fornite juga sangat popular sebagai kandungan di Youtube. Video-video yang memperlihatkan adegan menarik Fornite ditonton oleh berjuta orang.

Epic Games hari ini mengumumkan melalui kemaskini enjin 4.20 yang akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini mereka akan menambah kebolehan untuk pemain menyunting terus sebarang ulang tayang yang dipilih oleh pemain.

Pemain boleh melakukan pelbagai suntingan seperti mengubah pandangan kamera, mengubah fokus dan aperture dan pelbagai lagi. Epic Games melalui Unreal Engine turut berkongsi video dengan kerjasama Ali-A (pencipta kandungan Fortnite di Youtube) memperlihatkan kebolehan ini dan anda boleh menontonnya di bawah.

Teknologi yang digunakan merupakan kebolehan yang disediakan oleh Unreal Engine 4 oleh itu walaupun Fornite yang terlebih dahulu menggunakan kebolehan ini, permainan lain yang menggunakan enjin yang sama turut boleh menyertakan kebolehan ini.

Kebolehan ini sudah semestinya sesuatu yang ditunggu ramai kerana Fortnite ataupun mod Battle Royale merupakan permainan yang mempunyai banyak adegan menarik.