Tahun lepas, Bandai Namco mengumumkan permainan God Eater 3 bakal tiba buat pasaran Malaysia yang mana ia merupakan permainan aksi RPG yang memfokuskan bentuk pertempuran seakan Monster Hunter.
Penceritaan God Eater terbaru ini memfokuskan God Eater jenis baru yang bernama Adaptive God Eaters dimana pemain akan ditemani oleh Hugo Pennyworth, iaitu seorang Adaptive God Eaters.
Tambahan juga, Bandai Namco juga memperkenal mekanik pertempuran yang baru dinamakan “Engage” dimana pemain boleh menyerang dengan kuasa kuat bersama watak Hugo Pennyworth.
Buat masa ini, Bandai Namco masih belum berkongsi tarikh pelancaran bagi permainan tersebut. Namun, ia dirancang untuk dilancarkan di Playstation 4 dan PC. Bagi anda yang ingin menonton bentuk permainan God Eater 3, anda boleh menontonnya dibawah.