Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Mengumumkan God Eater 3 Secara Rasmi

Bandai Namco Mengumumkan God Eater 3 Secara Rasmi

Diterbitkan pada Okt 7, 2017 oleh .

Bandai Namco hari ini telah mengumumkan sebuah permainan aksi RPG yang baru, iaitu God Eater 3.

God Eater 3 meneruskan populariti permainan God Eater 2 : Rage Burst sebelum ini. Ia menawarkan permainan berbentuk aksi, dan dibangunkan untuk konsol.

God Eater 3 meneruskan perjalanan hidup selepas perlawanan terakhir. Makhluk Aragami terus membuat kekacauan dan kemusnahan di muka bumi, dan pemain perlu menyelamatkan dunia menggunakan God Eater.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pelancarannya diumumkan. Tetapi, Bandai Namco mengesahkan yang mana permainan ini bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia.