Focus Home Interactive hari ini mengumumkan bahawa permainan Master Of Anima akan dilancarkan pada 10 April ini. Permainan ini asalnya diumumkan pada Januari lepas buat konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.
Masters Of Anima merupakan permainan aksi pengembaraan yang mana pemain akan mengembara bersama Otto untuk menyelesaikan krisis dunia permainan tersebut. Pemain berupaya untuk memanggil sebanyak 100 Guardians dimana mereka akan membantu pemain sepanjang pengembaraan pemain dari segi pertempuran dan juga penerokaan.
Bagi anda yang meminati permainan bentuk seperti Diablo ataupun mana-mana pengembaraan RPG secara kamera isometrik, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan Master Of Anima bermula 10 April ini.