Informasi Permainan Video Terkini
Masters Of Anima Diumumkan Oleh Focus Home Interactive

Masters Of Anima Diumumkan Oleh Focus Home Interactive

Diterbitkan pada Jan 16, 2018 oleh .

Bagi anda yang meminati permainan bentuk seperti Diablo ataupun mana-mana pengembaraan RPG secara kamera isometrik, anda mungkin berminat untuk mendapatkan permainan terbaru oleh Passtech Games yang mana mereka mempamerkan bentuk permainan tersebut buat pertama kalinya.

Masters Of Anima merupakan permainan aksi pengembaraan yang mana pemain akan mengembara bersama Otto untuk menyelesaikan krisis dunia permainan tersebut. Pemain berupaya untuk memanggil sebanyak 100 Guardians dimana mereka akan membantu pemain sepanjang pengembaraan pemain dari segi pertempuran dan juga penerokaan.

Masters Of Anima akan dilancarkan oleh Focus Home Interactive pada musim bunga tahun ini dan dirancang untuk dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.