Kami sebelum ini melaporkan yang Realtech VR akan mengeluarkan permaian Tomb Raider 1-3 dengan versi penambah-baikkan di Steam. Pada hari ini mereka mengumumkan projek ini dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran dari Crystal Dynamics iaitu pembangun yang memiliki siri Tomb Raider.
Menurut Cyrstal Dynamics, mereka sangat teruja dengan minat yang ditunjukkan oleh pemain untuk permainan Tomb Raider akan tetapi Realtech VR tidak pernah meminta sebarang kebenaran dari mereka untuk memulakan projek ini. Tambah mereka demi menjaga kualiti, sebarang projek berkait dengan Tomb Raider seharusnya melalui cara yang betul dan mendapat kebenaran terlebih dahulu.
Kesinambungan daripada hal ini, Realtech VR membuang video mengenai penambah-baikkan ini, mereka juga menyatakan di Twitter yang mereka akan memfokuskan kepada permainan AR untuk iOS dan VR untuk PC dan akan memfokuskan kepada projek mereka sendiri.
https://twitter.com/realtech_VR/status/976480586251546625
Bagi kami ini adalah agak aneh, kebiasaan sebelum sesuatu projek melibatkan siri permainan pihak ketiga kebenaran seharusnya didapatkan terlebih dahulu. Apabila ditanya mengenai ini, Realtech VR hanya menjawab perihal ini lebih rumit daripada luaran. Kami agak kecewa dengan perkembangan ini akan tetapi Crystal Dynamics semestinya mempunyai hak untuk menghalang demi menjaga permainan mereka.