Informasi Permainan Video Terkini
Tomb Raider 1-3 Akan Ditambah-Baik Dan Akan Dikeluarkan Di Steam
PC

Tomb Raider 1-3 Akan Ditambah-Baik Dan Akan Dikeluarkan Di Steam

Diterbitkan pada Mac 12, 2018 oleh .

Realtech VR melalui kuciran di akaun Twitter rasmi mereka mengumumkan Tomb Raider 1-3 yang ditambah-baik akan dikeluarkan di Steam. Pemain yang sudah memiliki permainan ini akan mendapat versi baru ini secara percuma.

Mereka juga mengesahkan yang versi baru ini akan mengunakan 3D engine yang baru dan akan menyokong OpenVR. Buat masa ini anda boleh mendapat Tomb Raider 1-3 dengan harga RM 17 untuk setiap satu akan tetapi buat masa ini anda hanya akan mendapat versi lama.

Kami tidak merasakan harga akan berubah walaupun versi terbaru dikeluarkan nanti, jika anda berminat anda boleh membelinya sekarang atau menunggu apabila dikeluarkan nanti.

Steam: Tomb Raider I

Steam: Tomb Raider II

Steam: Tomb Raider III

 


TIPS & ULASAN