Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Terbaru Filem Deadpool 2 Dipertontonkan – Akan Ditayang Bermula 18 Mei Ini

Trailer Terbaru Filem Deadpool 2 Dipertontonkan – Akan Ditayang Bermula 18 Mei Ini

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

20th Century Fox hari ini mempertontonkan trailer terbaru bagi filem Deadpool 2 yang akan datang dimana mereka mempertontonkan sebilangan adegan-adegan aksi filem tersebut.

Berdasarkan trailer yang dipertontonkan, tampaknya filem Deadpool 2 kali ini akan menyertakan pasukan X-Force dan Cable sebagai antagonis filem ini. Bulan lepas, 20th Century Fox juga mempertontonkan trailer filem Deadpool 2 yang mana mereka memperkenalkan watak Cable. Anda boleh menontonnya disini.

Filem Deadpool 2 diarahkan oleh David Leitch yang mana beliau terkenal dengan arahan filem John Wick pada 2014 lepas. Deadpool 2 dibintangi oleh Ryan Reynolds, Josh Brolin dan Brianna Hildebrand akan ditayangkan bermula 18 Mei ini.