Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Terbaru Filem Deadpool 2 – Memperkenalkan Watak Cable

Trailer Terbaru Filem Deadpool 2 – Memperkenalkan Watak Cable

Diterbitkan pada Feb 7, 2018 oleh .

Bagi mereka yang menanti filem kedua Deadpool, anda tidak lagi perlu menunggu dengan lebih lama dimana filem tersebut akan ditayangkan secara global bermula 18 Mei. Marvel dan 20th Century Fox juga mempertontonkan trailer terbaru filem tersebut yang memaparkan watak Cable yang dilakon oleh Josh Brolin.

Trailer tersebut juga memaparkan sebilangan adegan aksi bersama adegan Deadpool yang dilakonkan oleh Ryan Reynolds sedang bermain figura Deadpool dan juga Cable, yang mana beliau menerangkan watak Cable.

Filem Deadpool 2 diarahkan oleh David Leitch yang mana beliau terkenal dengan arahan filem John Wick pada 2014 lepas. Deadpool 2 dibintangi oleh Ryan Reynolds, Josh Brolin dan Brianna Hildebrand akan ditayangkan bermula 18 Mei ini.