Skip to main content

Kami ada menyatakan sebelum ini Playerunknown’s Battleground (PUBG) harus melakukan sesuatu untuk bersaing dengan Fortnite yang mempunyai pelbagai acara masa terhad yang menjadikan permainan tersebut lebih menarik.

Hari ini pembangun PUBG iaitu PUBG Corp mengatakan mereka juga akan menganjurkan acara masa terhad untuk permainan ini yang dipanggil ‘event mode’. Acara tersebut sekarang sudah boleh mencubanya di pelayan beta di mana acara ini memerlukan pasukan seramai 8 orang dan kadar jumlah rifle yang ada meningkat sebanyak dua kali ganda.

Mereka juga mengatakan akan ada acara masa terhad yang lebih menarik termasuk juga yang mempunyai penambahan yang tiada dalam permainan utama. Ini merupakan sesuatu yang baik untuk pemain PUBG kerana selepas ini ada pelbagai lagi acara yang lebih menarik dan tidak terhad kepada permainan utama sahaja.

Leave a Reply