Skip to main content

Kebiasaan Fortnite boleh dimainkan secara bersendirian ataupun berkumpulan, akan tetapi satu kumpulan terhad kepada 4 pemain sahaja. Untuk masa terhad Fortnite mengumumkan acara ‘Team of 20’ yang membahagikan 100 pemain kepada 5 kumpulan iaitu 20 pemain setiap kumpulan.

Ini bukanlah pertama kali Fortnite mengadakan acara sebegini, sebelum ini acara masa terhad 50 v 50 diadakan di mana 100 pemain dibahagikan kepada 2 pasukan iaitu 50 setiap pasukan. Bagi kami 50 v 50 agak menarik akan tetapi mempunyai terlalu ramai dalam satu pasukan. Team of 20 semestinya nampak lebih seronok untuk dimainkan.

Fortnite kini semakin mendahului pasaran untuk mod battle royale, sebelum ini mereka mencatat jumlah pemain serentak 3.4  juta mengatasi rekod Playerunknown’s Battleground (PUBG) bukan sahaja kerana Fortnite adalah percuma dan dikeluarkan untuk lebih banyak platform akan tetapi mereka juga lebih banyak menawarkan acara-acara sebegini berbanding PUBG.

Kami sudah semestinya akan mencubanya, bagaimana dengan anda? Adakah anda masih setia dengan PUBG?

Leave a Reply