Skip to main content

Bersempena dengan pelancaran A Way Out pada 23 Mac ini, EA hari ini mempertontonkan trailer khas permainan tersebut.

Melalui trailer yang dipertontonkan tersebut, permainan ini tampaknya akan mengadungi pelbagai aksi-aksi yang menarik seperti tembak-menembak dan menerjun payung terjun. Dengan memfokuskan skrin terbahagi, ia juga tampaknya akan memberi bentuk permainan yang sangat dinamik melalui bentuk koperasi.

A Way Out merupakan permainan pengembaraan yang memerlukan dua pemain untuk bermain. Menariknya, permainan ini boleh dimainkan secara luar-talian mahupun atas-talian dimana pemain kedua tidak perlu membeli permainan tersebut. Baru-baru ini, Josef Fares juga berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut yang mana ia hanya memerlukan 6 hingga 8 jam untuk menghabiskannya.

A Way Out akan tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 23 Mac ini. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh mendapatkannya dimana-mana pengedar rasmi permainan tersebut bermula esok.

Leave a Reply