A Way Out akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 23 Mac 2018. Hari ini melalui sesi bersama Gamespot, Josef Fares iaitu pengarah untuk permainan ini berkongsi beberapa maklumat terbaru. Anda boleh menonton penuh sesi tersebut di Gamespot akan tetapi berikut adalah beberapa perkara yang dikongsi kan.
Berdasarkan harga iaitu RM 99 di Playstation Store dan SGD34.90 (RM103) di Origin untuk PC, kami sudah menjangkakan permainan ini tidak panjang tetapi 6 hingga 8 jam adalah sudah cukup berbaloi untuk harga yang ditawarkan terutama anda boleh bermain dengan rakan anda tanpa memerlukan pembelian kali kedua.
Kami juga tertarik mengenai kenyataan Fares yang mengatakan EA tidak akan mendapat apa-apa daripada hasil jualan permainan ini. Jika ini adalah betul sudah semestinya sesuatu yang harus dipuji.