Hari ini, THQ Nordic dan Nickelodeon mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk melancarkan semula sebilangan permainan-permainan siri kartun Nicklodeon. Berikut adalah senarai siri permainan yang akan dilancarkan oleh mereka semula:

  • Avatar: The Last Airbender
  • Back At The Barnyard
  • Catscratch
  • Danny Phantom
  • El Tigre
  • Invader Zim
  • Jimmy Neutron
  • My Life As A Teenage Robot
  • Rocket Power
  • Rocko’s Modern Life
  • Rugrats
  • SpongeBob SquarePants
  • Tak And The Power Of JUJU
  • The Fairly OddParents (Amerika Syarikat Sahaja)
  • The Ren & Stimpy Show
  • The Wild Thornberrys

Buat masa ini, THQ Nordic menyatakan bahawa permainan tersebut akan diumumkan pada masa akan datang. Jon Roman, naib presiden Nickelodeon menyatakan bahawa mereka tidak sabar untuk membawa semula permainan-permainan dari siri Nickelodeon buat peminat. Beliau juga percaya dengan kerjasama bersama THQ Nordic, mereka akan mengembangkan lagi kandungan Nicklodeon buat peminat seluruh dunia.

Tampaknya THQ Nordic sekarang semakin meluaskan syarikat mereka dengan perolehan pelbagai rakan kongsi dan juga pengeluaran permainan dimana baru-baru ini juga memiliki Koch Media dan Deep Silver, yang mana kini meletakkan mereka adalah salah satu pengeluar permainan yang besar.

Sohor Kini