Informasi Permainan Video Terkini
THQ Nordic Bakal Memperoleh Koch Media GmbH – Sekaligus Juga Akan Memperoleh Deep Silver

THQ Nordic Bakal Memperoleh Koch Media GmbH – Sekaligus Juga Akan Memperoleh Deep Silver

Diterbitkan pada Feb 14, 2018 oleh .

Koch Media GmbH, iaitu sebuah syarikat pengeluar hiburan media digital akan diperoleh THQ Nordic dengan nilai €121 juta(~RM588 juta). Perolehan ini juga sekaligus membuat THQ Nordic akan memiliki kesemua hak intelek bagi permainan yang dikeluarkan oleh Deep Silver memandangkan Deep Silver merupakan sebahagian daripada Koch Media GmbH.

Deep Silver, terkenal dengan permainan yang dikeluarkan oleh mereka seperti siri permainan Saint Row, Dead Island dan Metro tampaknya selepas ini akan kembali berada di bawah THQ Nordic. Ini merupakan perolehan yang menarik dimana sebelum ini, hak intelek permainana seperti Saint Row dan Metro, dimiliki oleh THQ sebelum mereka bankrap pada 2013 lepas. Namun pada tahun yang sama, THQ diperoleh Nordic Games yang mana pada 2016, Nordic Games menukar nama mereka ke THQ Nordic.

Ini juga bermakna THQ Nordic akan memiliki studio pembangun permainan seperti Volition, iaitu pembangun permainan Saint Row dan juga Dambuster Studio iaitu pembangun permainan Homefront: Revolution.

Menurut CEO THQ Nordic, Lars Wingefors menyatakan bahawa mereka percaya dengan perolehan Deep Silver ini, mereka akan berjaya melancarkan sekurang-kurangnya empat permainan yang bertaraf AAA.

Ini juga merupakan berita yang baik buat mereka yang menggemarkan permainan daripada kedua-dua syarikat tersebut dimana pada masa akan datang, THQ Nordic mungkin akan melancarkan permainan yang bertaraf tinggi sempena mengembangan syarikat tersebut.


TIPS & ULASAN