Skip to main content

Pada minggu lepas kami melaporkan yang Ark: Survival Evovled versi permua akan dikeluarkan secara percuma untuk iOS dan Android. Hari ini Studio Wildcard mengumumkan permainan ini turut akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada suku keempat 2018.

Versi Switch ini akan mempunyai kandungan penuh daripada permainan asal seperti pulau ARK yang luas dan juga lebih 100 raksasa seperti T-Rex, Giganotosaurus, Rock Drake dan Reaper.

Pengarah permainan ini Jeremy Stielglitz mengatakan melalui versi Switch, pemain kini boleh mengembara dan memburu di mana sahaja tidak kira dirumah, di dalam bas ataupun di mana sahaja pemain berada.

Studio Wildcard masih tidak mengumumkan harga untuk permainan ini akan tetapi mengikut harga di Steam dan Playstation Store adalah RM105 manakala versi permua adalah percuma. Untuk pemilik Switch adakah permainan ini menarik minat anda?

Leave a Reply