Studio Wildcard hari ini mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama bersama War Drum Studios untuk melancarkan permainan ARK: Survival Evolved di peranti telefon pintar. Permainan tersebut merupakan permainan pertahanan hidup yang asalnya dilancarkan di PC melalui Steam dalam bentuk akses awal pada 2015 lepas.
Dengan kerjasama War Drum Studios, permainan ARK: Survival Evolved versi permua akan dilancarkan di iOS dan Android secara percuma dimana pemain berpeluang untuk mengembara di dunia yang dipenuhi dinasaur dan menyertai pemain lain secara bentuk multi-pemain melalui atas-talian.
Versi permua ini juga akan menyertakan kesemua fungsi-fungsi atas-talian daripada versi PC dan konsol termasuklah pulau yang besar untuk diteroka, lebih dari 80 jenis dinasaur dan juga keupayaan untuk membina bangunan bersama barangan.
Buat masa ini, permua ini dirancang untuk dilancarkan pada musim bunga tahun ini. Namun, bagi mereka yang berminat untuk mencubanya, War Drum Studio hari ini, anda boleh melayari laman rasmi permua untuk tersebut untuk mendaftar sesi percubaan beta tertutup.
[info] Daftar Beta Tertutup : Permua ARK: Survival Evolved [/info]