Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Rocket League Menambah Mod Kejohanan Akan Tiba Pada 3 April 2018

Kemaskini Rocket League Menambah Mod Kejohanan Akan Tiba Pada 3 April 2018

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

Pada awal Februari lepas, Psyonix berkongsi perancangan kemaskini untuk permainan Rocket League antara perkara yang ditunggu ramai adalah mod kejohanan. Hari ini mereka mengumumkan kemaskini ini akan tiba pada 3 April 2018.

Mod kejohanan ini akan membolehkan pemain mencipta kejohanan mereka secara peribadi ataupun terbuka. Pemain juga boleh mencari kejohanan lain yang dicipta secara terbuka.

Psyonix turut berkongsi video pandang pertama untuk mod kejohanan ini dan anda boleh menontonnya di bawah. Dengan adanya mod ini sudah semestinya lebih memudahkan pemain untuk menyertai ataupun menganjur kejohanan Rocket League.

Selain itu kemaskini ini turut memberikan penambah-baikkan dari segi grafik dan kelancaran permainan untuk versi Nintendo Switch.