Sudah hampir 3 tahun pelancaran permainan Rocket League dan kini Psyonix masih lagi akan sentiasa mengemaskini permainan tersebut dengan pelbagai kemaskini. Tambahan juga dengan jumlah pemain yang semakin meningkat dimana pada awal Januari lepas, Rocket League mencapai 40 juta jumlah pemain, Psyonix sememangnya akan terus mengemaskini permainan tersebut dengan pelbagai kandungan tambahan.
Melalui laman rasmi Rocket League, Psyonix berkongsi sebilangan kemaskini yang bakal mereka sertakan buat tahun 2018 ini. Antaranya adalah kejohanan Rocket League yang akan berlangsung pada Mac dan April ini bersama sebilangan kemaskini kandungan pernambahan premium baru.
Tambahan juga, Psyonix juga akan mengemaskini permainan tersebut dari segi visual grafik terutamanya buat konsol Nintendo Switch yang baru sahaja dilancarkan pada November lepas. Manakala konsol Xbox One X juga bakal menerima kemaskini dari segi visual menurut Psyonix menjelang 2018 ini.
Psyonix juga menyatakan mereka akan menambahkan lagi kandungan tambahan seperti arena baru, fungsi baru, kemajuan baru dan sebagainya menjelang 2018 ini. Kemaskini pertama untuk tahun 2018 ini pula akan tiba pada 7 Februari ini dengan sebilangan kandungan seperti mod kompetitif musim ke-7 bersama peti-peti baru.
Rocket League adalah permainan arena perlawanan yang memfokuskan penggunaan kenderaan kereta untuk bermain dimana pemain perlu menjaringkan gol seakan bola sepak. Ia dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.