Sambungan kepada acara Nindies Showcase di World Developer Conference (WDC), Nintendo berkongsi senarai permainan oleh pembangun indie yang terjual paling banyak di Switch mengikut unit.
Senarai yang dikongsi kan tidak disusun mengikut sebarang urutan dan Nintendo juga tidak berkongsi jumlah sebenar terjual tetapi berikut adalah permainan yang tersenarai;
Menurut Nintendo berdasarkan senarai ini boleh dikatakan pemain menggemari permainan indie yang mempunyai elemen nostalgia. Tambah mereka lagi pemain juga menyukai permainan dari PC yang boleh dimainkan di Switch kerana permainan itu boleh dimainkan di mana-mana sahaja.
Penambahan jumlah permainan indie untuk Switch dan juga peningkatan jualan juga membuatkan jumlah jualan permainan dari pihak parti ketiga di eShop melebihi jumlah keseluruhan permainan parti ketiga yang terjual secara fizikal.
Ini merupakan perkembangan yang baik untuk Nintendo kerana pembangun indie akan lebih berminat untuk mengeluarkan permainan mereka di Switch dan bagi pembangun pula dengan jualan memberangsangkan di Switch permainan mereka boleh menjadi keuntungan.