Informasi Permainan Video Terkini
Misi Utama Far Cry 5 Akan Mengambil Masa 25 Jam Untuk Dihabiskan
PC

Misi Utama Far Cry 5 Akan Mengambil Masa 25 Jam Untuk Dihabiskan

Diterbitkan pada Mac 21, 2018 oleh .

Melaui temubual bersama Gamespot, penerbit eksekutif Far Cry 5 Dan Hay mengatakan misi utama untuk permainan ini akan mengambil lebih kurang 25 jam untuk dihabiskan bergantung kepada cara permainan setiap pemain.

Tambah beliau itu hanya untuk misi utama dengan penambahan misi sampingan dan aktiviti lain jumlah jam yang pemain boleh habiskan untuk permainan ini akan lebih lagi dan ia juga bergantung kepada sebanyak mana yang pemain inginkan untuk menjelajah di dalam permainan ini.

Far Cry 5 juga mempunyai pelbagai kandungan tambahan yang pemain boleh dapati dengan membeli pas semusim. Penambahan ini adalah tiga DLC penceritaan dan juga mod lain seperti Far Cry Arcade.

Far Cry 5 adalah permainan penembak pandang pertama dunia terbuka yang dibangunkan oleh Ubisoft. Ia merupakan siri Far Cry kelima dan ia akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 27 Mac 2018 ini.


TIPS & ULASAN