Skip to main content

Pada awal bulan ini, Blizzard mengumumkan watak baru yang ke-27 bagi permainan Overwatch iaitu Brigitte yang mana beliau merupakan anak perempuan Torbjörn. Kini, watak tersebut boleh dimainkan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC secara rasmi.

Pada masa yang sama, Blizzard juga berkongsi trailer terbaru watak Brigitte bersempena dengan kemaskini terbaru permainan tersebut. Melalui trailer tersebut, Blizzard mempertontonkan sebilangan kemahiran-kemahiran bagi watak tersebut bersama bentuk permainan bagi watak tersebut.

Tambahan juga, Blizzard juga berkongsi disebalik tabir perekaan watak Brigitte bersama sebilangan konsep karya seni bagi watak Brigitte tersebut.

Menurut Blizzard, Brigitte merupakan watak berkelaskan sokongan yang mana beliau memfokuskan bantuan berperisai. Salah satu keupayaan Brigitte adalah beliau berupaya untuk berkongsi Repair Packs untuk menyembuh rakan pasukan. Selain itu, jika beliau berjaya menyerang musuh, pada masa yang sama beliau juga berupaya untuk menyembuh rakan pasukan yang berdekatan. Kuasa akhir Brigitte pula adalah bernama Rally, yang mana ia memberi peningkatan dari segi kelajuan dan perisai buat rakan pasukan yang berdekatan dengan dia.

Bagi anda yang ingin bermain watak tersebut, anda hanya perlu memuat-turun kemaskini terkini bagi permainan Overwatch dan bermainnya melalui konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply