Informasi Permainan Video Terkini
Brigitte – Watak Terbaru Buat Permainan Overwatch Diumumkan Oleh Blizzard
PC

Brigitte – Watak Terbaru Buat Permainan Overwatch Diumumkan Oleh Blizzard

Diterbitkan pada Mac 1, 2018 oleh .

Blizzard Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan watak permainan ke-27 bagi permainan Overwatch iaitu Brigitte. Beliau merupakan anak perempuan Torbjörn yang mana pertama kalinya dipertonton ketika trailer watak Reinhardt pada tahun lepas.

Menurut Blizzard, Brigitte merupakan watak berkelaskan sokongan yang mana beliau memfokuskan bantuan berperisai. Salah satu keupayaan Brigitte adalah beliau berupaya untuk berkongsi Repair Packs untuk menyembuh rakan pasukan. Selain itu, jika beliau berjaya menyerang musuh, pada masa yang sama beliau juga berupaya untuk menyembuh rakan pasukan yang berdekatan.

Kuasa akhir Brigitte pula adalah bernama Rally, yang mana ia memberi peningkatan dari segi kelajuan dan perisai buat rakan pasukan yang berdekatan dengan dia.

Bagi anda yang ingin mencuba watak Brigitte, ia kini boleh dimainkan melalui Overwatch PTR khas buat pengguna PC. Bagi mereka yang bermain Overwatch di konsol, Blizzard masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran watak tersebut.


TIPS & ULASAN