Jika semalam kami melaporkan yang Funaimation berminat untuk menyertakan watak Goku di dalam permainan Super Smash Bros. Hari ini melalui Twitter, Phil Spencer iaitu ketua Xbox mengatakan “yep” apabila ditanya adakah mereka masih membenarkan untuk watak Banjo-Kazaooie disertakan di dalam Super Smash Bros.
Walaupun ini bukanlah pengesahan yang watak ini memasuki Super Smash Bros akan tetapi dikatakan Phil Spencer tidak perlu untuk menjawab kepada persoalan itu jika tidak mempunyai sebarang perancangan.
@XboxP3 are you still willing to let banjo and kazooie appear in smash bros?? 🙂 pic.twitter.com/qNlCkdZJtk
— banjo (@BanjoEXE) March 20, 2018
Buat masa ini pemain harus menunggu pengumuman rasmi mengenai permainan Super Smash Bros dan kami sudah semestinya akan melaporkannya.