Skip to main content

Dengan pengumuman siri permainan terbaru buat Super Smash Bros. pada awal bulan ini ketika Nintendo Direct, Funimation sebuah syarikat pengedar animasi anime-anime Jepun di Amerika Syarikat baru-baru ini memuat-naik imej bayangan Goku sambil menyatakan bahawa mereka berminat untuk membawa watak Goku untuk permainan Super Smash Bros ke Nintendo.

Walaupun ia sememangnya jelas satu Tweet jenaka bagi pihak Funimation, namun penglibatan watak Goku bukanlah sesuatu yang mustahil memandangkan sebelum ini permainan Super Smash Bros. juga mendapat pelbagai sebilangan watak-watak dari francais lain seperti Ryu dari Street Fighter dan Cloud dari Final Fantasy VII.

Walaupun begitu, Nintendo mahupun Funimation tidak mengumumkan sebarang informasi mahupun sebarang pengumuman berkenaan watak Goku di dalam permainan tersebut, malah Nintendo juga masih belum mengumumkan informasi lanjut berkenaan permainan Super Smash Bros.

Seperti anda, kami juga berasa seronok jika diberi peluang untuk menggunakan watak Goku di dalam permainan Super Smash Bros dan menentang Mario dan juga Link.

 

 

Leave a Reply