Skip to main content

Jika sebelum ini Bandai Namco mengumumkan penambahan watak Shoto Todoroki, Ochaco Uraraka dan Tenya Iida buat permainan My Hero Acadmeia: One’s Justice, hari ini mereka mengumumkan Tsuyu Asui, Denki Kaminari, dan Momo Yaoyorozu.

Tsuyu merupakan watak yang unik dalam My Hero Academia kerana mempunyai penampilan seperti katak dan juga kebolehan seperti katak iaitu lidah panjang, melekat pada dinding dan juga penyamaran.

Denki mempunyai kebolehan untuk menyalurkan elektrik dari badannya dan mempunyai kebolehan utama iaitu Indiscriminate Discharge yang mengeluarkan elektrik sekuat 1,300,000 volts.

Momo merupakan naib presiden kepada kelas 1-A di dalam siri My Hero Academia dan mempunyai kebolehan untuk mencipta barangan menggunakan sel lemak dirinya.

My Hero Academia: One’s Justice merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan watak-watak daripada anime My Hero Academia. Menurut Bandai Namco, permainan ini akan mempunyai sistem bentuk permainan yang mana pemain berupaya untuk menghancurkan kawasan sekeliling dan menggunakannya untuk bertempur dengan musuh.

Permainan My Hero Academia: One’s Justice dirancang untuk dilancarkan pada 2018 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

 

Leave a Reply