Bulan lepas, Bandai Namco mengumumkan watak All Might dan Bakugo akan tiba buat permainan perlawanan My Hero Academia: One’s Justice, kini Bandai Namco mengumumkan tiga lagi watak baru bakal tiba buat permainan tersebut iaitu Shoto Todoroki, Ochaco Uraraka dan Tenya Iida.

Ketiga-tiga watak yang diumumkan tersebut merupakan pelajar bagi akademi adiwira yang terdapat di dalam anime tersebut yang mana salah seorang daripadanya, Shoto Todoroki mempunyai kuasa api dan ais. Manakala Ochaco Uraraka mempunyai kuasa untuk mengawal graviti dan Tenya Iida berupaya untuk berlari dengan pantas.

My Hero Academia: One’s Justice merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan watak-watak daripada anime My Hero Academia. Menurut Bandai Namco, permainan ini akan mempunyai sistem bentuk permainan yang mana pemain berupaya untuk menghancurkan kawasan sekeliling dan menggunakannnya untuk bertempur dengan musuh.

Permainan My Hero Academia: One’s Justice dirancang untuk dilancarkan pada 2018 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini