League of Legends Championship Malaysia (LCM) Spring 2018 telah diadakan pada penghujung minggu lepas, yang mana menyaksikan pelbagai pasukan bersaing antara satu sama lain dalam menjuarai liga berkenaan, sekaligus menjadi wakil negara ketika acara Garena Premier League 2018 kelak.
Dalam liga musim ini, Kuala Lumpur Hunters dilihat menjuarai perlawanan yang diadakan selama dua hari ini. Permainan akhir memperlihatkan tiga pasukan bersaing antara satu sama lain dalam permainan berformat Best 5, iaitu antara Kuala Lumpur Hunters, Fire Dragon dan juga GeekFam. Perlawanan akhir ini memperlihatkan wang sebanyak RM168,000 untuk dimenangi, dan Kuala Lumpur Hunters sendiri membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM60,000.
Dengan memenangi kejohanan ini, ia sekaligus membolehkan Kuala Lumpur Hunters untuk membawa nama Malaysia ke kejuaraan Garena Premier League 2018 yang bakal diadakan di Thailand pada penghujung bulan ini.
Sebelum ini, Kuala Lumpur Hunters turut menjuarai acara The Legends Circuit pada bulan Ogos 2017 lepas.