Bersempena dengan Selangor Cyber Games yang berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, acara The Legends Circuit (TCL) Malaysia Grand Finals turut telah dipertandingkan. Menjuarai acara berkenaan adalah Kuala Lumpur Hunters (KLH) – yang mana ini merupakan kali kelima mereka menjuarai TLC di Malaysia.

Pemenang TLC 2017

Bagi yang tidak mengenali akan TLC, ia mempertandingkan permainan League of Legends. Pada perlawanan akhir, ia memperlihatkan Kuala Lumpur Hunters, Eternity Esports dan Nirvana Gaming bersaing untuk membawa pulang hadiah utama bernilai RM40,000.

Untuk KLH sendiri, selain wang tunai berkenaan, mereka juga turut mendapat tiket menyertai Garena Premier League (GPL) yang akan diadakan pada 25 hingga 27 Ogos ini di Bangkok Ia akan menyaksikan tujuh wakil Asia Tenggara untuk bertanding sebelum dua daripada mereka terpilih memasuki League of Legends World Championships.

TLC 2017 Selangor Cyber Games

TLC 2017 Selangor Cyber Games

Sohor Kini