Trailer acah pertama untuk Shadow of The Tomb Raider akhirnya diperlihatkan kepada umum.  Seperti yang kami laporkan semalam, permainan sambungan kepada Rise of The Tomb Raider ini akan menemui peminat pada 14 September hadapan.

Trailer penuh akan muncul pada 27 April ini. Dari beberapa babak yang dipaparkan, Lara akan mengembara ke Amerika Selatan dan meneroka piramid Aztek. Seperti dua permainan terdahulu, Lara masih menggunakan anak panah dan  cangkuk memanjat gunung sebagai senjata utama. Shadow of The Tomb Raider akan hadir ke PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Sohor Kini