Informasi Permainan Video Terkini
Shadow Of The Tomb Raider Akan Diumumkan Pada 15 Mac 2018 – Kemungkinan Akan Dikeluarkan Pada 14 September 2018
PC

Shadow Of The Tomb Raider Akan Diumumkan Pada 15 Mac 2018 – Kemungkinan Akan Dikeluarkan Pada 14 September 2018

Diterbitkan pada Mac 15, 2018 oleh .

Filem Tomb Raider sekarang sedang ditayangkan di pawagan manakala untuk siri permainan Tomb Raider yang menjadi sumber kepada filem tersebut mengacah tarikh 15 Mac 2018 pada pukul 9 Malam di laman rasmi permainan ini.

Walaupun tidak dinyatakan tetapi kemungkinan besar untuk mengumumkan maklumat terbaru untuk permainan Tomb Raider iaitu Shadow of the Tomb Raider.

Menariknya, berdasarkan kod di belakang laman tersebut, dinyatakan Shadow of the Tomb Raider akan dikeluarkan pada 14 September 2018, manakala pengumuman mengenai pra-tempah akan diumumkan pada 27 April 2018. Jika sebelum ini Rise of the Tomb Raider pada awalnya hanya dikeluarkan untuk konsol Xbox, akan tetapi Shadow of the Tomb Raider di katakan akan dikeluarkan untuk semua konsol dan PC pada masa yang sama.

Walaupun tidak diumumkan secara rasmi oleh Square Enix akan tetapi maklumat mengenai Shadow of the Tomb Raider sudah diketahui ramai melalui pelbagai sumber. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi malam ini dan kami semestinya tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut kerana Tomb Raider dan Rise of the Tomb Raider merupakan permainan yang sangat kami gemari.


TIPS & ULASAN