Runner merupakan permainan platforming kegemaran kami terutama kerana ia merupakan platforming yang mengetengahkan muzik sebagai sebahagian daripada teknik permainan.

Melalui penulisan di blog rasmi permainan ini, pembangunan Runner3 sudah selesai dan permainan ini sudah dihantar ke Nintendo untuk percubaan mereka. Apabila diterima Nintendo, Runner3 akan dikeluarkan untuk Switch yang dijangkakan pada awal tahun ini.

Runner3 pertama kali diumumkan pada September 2016 untuk keluaran 2017 dan trailer pengumuman dikeluarkan pada Mac 2017. Akan tetapi tarikh pengeluaran di tundakan ke 2018. Melalui pengumuman ini boleh dikatakan permainan ini tidak akan di tundakan sekali lagi.

Runner3 juga akan dikeluarkan untuk PC pada tarikh yang sama apabila dikeluarkan untuk Switch tidak lama lagi.

Sohor Kini