Tahun lepas, Frontier Development mengumumkan permainan Jurassic World: Evolution yang mana mereka merancangkan ia akan tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada tahun ini.
Kini, pelakon asal filem Jurassic Park, Jeff Goldblum mengumumkan bahawa beliau akan kembali memegang watak Dr. Ian Malcom dari filem tersebut dan berada di dalam permainan Jurassic World: Evolution sebagai pemabantu permainan.
Jeff Goldblum akan sekali lagi memegang watak Dr. Ian Malcolm yang mana beliau sangat terkenal di dalam siri filem Jurassic Park dan Jurassic World. Melalui permainan Jurassic World: Evolution, beliau akan membantu pemain dari segi bantuan pembinaan, pilihan taktikal dan kemahiran pengurusan ketika pemain membina taman tema Jurassic mereka sendiri.
Melalui permainan ini, pemain berupaya untuk membina taman tema dinasaur Jurassic World dan pada masa yang sama mengendali taman tersebut. Dengan berbentuk permainan simulasi, pemain juga perlu mengkaji dinasaur baru dan memastikan keselamatan taman tema tersebut.
Memandangkan permainan ini dibangunkan oleh Frontier Development, iaitu mereka terkenal dengan permainan Roller Coaster Tycoon dan Thrillville, tampaknya bentuk permainan yang sama akan diperkenalkan buat permainan Jurassic World: Evolution.
Buat masa ini, Frontier Development masih belum berkongsi tarikh pelancaran bagi permainan tersebut. Namun menurut mereka, ia akan tiba pada tahun ini.