Bagi anda yang pernah mengikuti filem Jurassic Park atau Jurassic World, mungkin sedia maklum akan mengenai filem yang berkisahkan sekitar taman tema dinasour. Kini, anda turut boleh membangunkan dan memainkan taman tema dinasour tersendir melalui permainan baru, Jurassic World Evolution.

Diumumkan secara rasmi hari ini, Jurassic World Evolution akan hadir ke PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One pada 2018 kelak.

Permainan ini dibangunkan oleh Frontier Developments, yang mana sebelum ini turut pernah membangunkan siri Roller Coaster Tycoon.

Melalui permainan berbentuk simulasi ini, pemain akan mengawal pulau Isla Nublar dan persekitarannya, dimana anda akan membangunkan Jurassic World – termasuk mengkaji dinasaur baru, menarik pengunjung, memastikan keselamatan dan sebagainya.

Bagi anda yang meminati permainan berbentuk simulasi ini, mungkin boleh tandakan kalendar anda untuk mendapatkan permainan baru ini pada 2018 kelak.

Sohor Kini