Melalui akaun Twitter rasmi permainan NieR: Automata, Platinum dan Square-Enix mengumumkan bahawa permainan tersebut kini telah diedarkan dan terjual secara digital melebihi 2.5 juta salinan.
PlayStation®4/Steam『NieR:Automata』の世界累計出荷・ダウンロード販売本数が250万本を突破いたしました。発売から1年が経ちましたが、長期にわたって応援いただき誠にありがとうございます。 #NieR #ニーア pic.twitter.com/QhbViq4kir
— NieR公式PRアカウント (@NieR_JPN) March 13, 2018
Walaupun nilai permainan tersebut tidak meningkat dengan mendadak sejak September lepas dimana Square-Enix menyatakan mereka terjual sebanyak 2 juta salinan, ia masih lagi satu kejayaan yang besar bagi permainan tersebut.
Pada minggu lepas, pengarah permainan tersebut Yoko Taro juga menyatakan bahawa Square-Enix akan mengadakan acara khas bersempena dengan ulang tahun permainan tersebut yang pertama. Namun informasi berkenaan acara tersebut, masih belum lagi dikongsi oleh Square-Enix.
NieR: Automata merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Platinum Games dan dilancarkan tahun lepas oleh Square-Enix di Playstation 4 dan PC.