NetEase merupakan salah satu syarikat pengeluar permainan mudah-alih yang tidak asing lagi. Mereka kini popular dengan penawaran permainan Rules of Survivor yang mengambil inspirasi daripada PUBG. Kini, selain daripadanya, NetEase turut sedang dalam proses menguji satu lagi permainan baru, iaitu FortCraft.
FortCraft dilihat mengambil inspirasi daripada permainan Fortnite Battle Royale. Permainan ini turut hadir dengan genre Battle Royale, tetapi pemain turut boleh mengumpulkan bahan seperti kayu dan sebagainya untuk membina bangunan dalam permainan – sekaligus menawarkan kaedah permainan dan strategi yang sedikit berbeza berbanding Rules of Survivor.
Buat masa ini, FortCraft masih pada peringkat ujian beta, dan hanya ditawarkan di beberapa buah negara sahaja.
Dengan Fortnite sendiri merancang pengenalan permua mereka, kita mungkin akan melihat NetEase mempercepatkan pelancaran permua FortCraft ini.
[info]Layari : FortCraft di Google Play Store[/info]