Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Battle Royale Versi Permua Akan Hadir Pada 12 Mac Dengan Sokongan Cross-Play

Fortnite Battle Royale Versi Permua Akan Hadir Pada 12 Mac Dengan Sokongan Cross-Play

Diterbitkan pada Mac 9, 2018 oleh .

Permainan dengan mod Battle Royale dipopularkan oleh PUBG tetapi terdapat banyak klon di pasaran sekarang. Fortnite Battle Royale mungkin klon yang paling popular dengan jumlah pemain yang semakin meningkat walaupun hanya ditawarkan pada konsol dan PC. Jumlah pemain pastinya akan meningkat dengan pengumuman versi permua pagi ini.

Epic mengumumkan Fortnite Battle Royale versi Android dan iOS secara mengejut pagi ini. Pada 12 Mac hadapan, pengguna iOS boleh melawati  www.Fortnite.com untuk mendapatkan jemputan bagi mencubanya lebih awal. Mereka yang berjaya boleh memuat turun permua menerusi pautan khas App Store.

Seramai 100 orang pemain platform PC, Mac, PlayStation 4 dan peranti mudah alih boleh bertarung  bersama dengan sokongan cross-play. Adakah anda teruja dengan pengumuman ini?


TIPS & ULASAN