Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Seterusnya Yang Akan Dibangunkan Oleh Bluepoint Games Masih Permainan Pernambah-Baikkan

Permainan Seterusnya Yang Akan Dibangunkan Oleh Bluepoint Games Masih Permainan Pernambah-Baikkan

Diterbitkan pada Mac 13, 2018 oleh .

Selepas pelancaran permainan pernambah-baikkan Shadow Of The Colossus Februari lepas oleh Bluepoint Games, kini pembangun permainan tersebut menyatakan bahawa permainan seterusnya yang dibangunkan oleh mereka juga adalah permainan pernambah-baikkan.

Menurut laporan Eurogamer, Bluepoint Games kini sedang mengembangkan pasukan pembangun permainan dimana mereka menyoal adakah mereka sedang membangunkan permainan mereka sendiri. Namun, menurut presiden Bluepoint Games, Marco Thrush, mereka kini sedang membangunkan satu lagi permainan pernambah-baikkan.

Namun begitu, Marco Thrush tidak berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut. Walaubagaimana pun, beliau menyatakan bahawa pembangunan permainan seterusnya memerlukan mereka untuk meningkatkan lagi kemahiran pembangunan permainan dengan pelbagai pernaik-tarafan seperti hasil karya seni permainan dan juga enjin permainan.

Peter Dalton, pengarah teknikal Bluepoint Games juga menyatakan bahawa selain daripada mengembang kemahiran mereka, mereka juga ingin melihat kelemahan mereka dan bukan sekadar menaik-taraf sesuatu permainan, namun meningkat dan mengembangkan lagi permainan tersebut sehingga tahap dimana mereka mampu untuk membangun permainan mereka sendiri.

Marco Thrush juga menyatakan mereka akan berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN